Plot Zack Snyder's Justice League

Bab-bab naratif[6]
1. Don't Count on It, Batman
2. The Age of Heroes
3. Beloved Mother, Beloved Son
4. Change Machine
5. All the King's Horses
6. Something Darker
Epilogue: A Father Twice Over[7]

Beribu-ribu tahun dahulu, Darkseid dan bala tentera Parademonnya cuba menakluki Bumi dengan menggunakan tiga buah Mother Box, tetapi dipatahkan oleh perikatan Dewa-dewi Olympia, Amazon, Atlantis, manusia, dan seorang Green Lantern. Setelah pertarungan, ketiga-tiga Mother Box diasingkan dan disembunyikan di tempat-tempat berlainan. Pada masa kini, kematian Superman[lower-alpha 2] menghidupkan semula Mother Box, sekali gus menarik perhatian Steppenwolf, salah seorang bawahan Darkseid yang tidak lagi disenangi oleh majikannya, untuk menerjah Bumi untuk menebus maruah dengan mengumpulkan ketiga-tiga Mother Box untuk membentuk Kesatuan (the Unity) yang akan merombak seluruh Bumi menjadi serupa dengan planet asal Apokolips.

Steppenwolf berjaya memperoleh sebuah Mother Box dari negeri Themyscira, maka Ratu Hippolyta menyampaikan pesanan kecemasan kepada puterinya Diana Prince, dan Diana pun memberitahu Bruce Wayne. Bruce dan Diana berusaha menggabungkan sepasukan metahuman untuk melindungi Bumi setelah pemergian Superman. Bruce menemui Arthur Curry dan Barry Allen, sementara Diana menemui Victor Stone. Barry menyertai serta-merta manakala Arthur dan Victor menolak. Lama-kelamaan, Victor menyertai setelah bapanya Silas dan beberapa lagi kakitangan Makmal S.T.A.R. diculik oleh Parademon yang mencari-cari sebuah Mother Box yang disimpan oleh kaum manusia, sementara Arthur juga masuk ekoran Steppenwolf menyerang sebuah kota kara Atlantis untuk memperoleh Mother Box dari sana.

Pasukan menerima maklumat risikan daripada Pesuruhjaya James Gordon yang membawa mereka ke markas Steppenwolf di sebuah loji yang terbiar di bawah Pelabuhan Gotham. Mereka berjaya menyelamatkan kakitangan yang diculik, tetapi loji tersebut dimasuki air bah sewaktu pertarungan, maka pasukan pun terperangkap sehingga Arthur melengahkan air bah agar mereka dapat melarikan diri. Mother Box terakhir disorokkan oleh Victor selama ini, tetapi akhirnya dibawa ke mari untuk dianalisis oleh pasukan. Victor mengisahkan bahawa Silas pernah menggunakan Mother Box untuk membina semula badannya setelah kemalangan jalan raya, di samping menerangkan bahawa Mother Box merupakan "mesin perubahan" yang tidak teragak-agak dalam melaksanakan perintah empunya sama ada untuk membinasakan atau memulihkan nyawa apa-apa sahaja tanpa berat sebelah. Oleh itu, pasukan memutuskan untuk menggunakan Mother Box untuk menghidupkan semula Superman dalam usaha melawan Steppenwolf. Barry dan Victor menggali keluar mayat Superman, kemudian pasukan menyimpan mayat dalam Genesis Chamber yang berisi bendalir amnion and the group places di dalam pesawat peninjau Krypton[lower-alpha 3] yang disimpan di Makmal S.T.A.R., dan setelah Barry menghidupkan Mother Box, Superman dihidupkan kembali tetapi dalam keadaan hilang ingatan dan keliru sehingga dia bertindak mengasari pasukan dan membahayakan keselamatan awam. Lois Lane yang sering mengunjungi tugu peringatan Superman, tiba tepat pada masanya untuk menenangkan Superman. Superman terbang dengan membawa Lois ke kampung halamannya Smallville, di mana dia pulih ingatan dan kembali ke pangkuan ibunya Martha.

Steppenwolf menyerang Makmal S.T.A.R. dan memperoleh Mother Box terakhir, tetapi sebelum itu Silas sempat mengecas lampau kotak tersebut dengan haba laser sambil mengorbankan nyawanya supaya Victor dapat mengesan lokasinya melalui sisa-sisa habanya. Tanpa Superman, perwira berlima bergerak ke tempat di mana Steppenwolf cuba menyatukan Mother Box. Mereka menembusi rintangan Parademon untuk mencapai Mother Box tetapi tidak dapat mengganggu Steppenwolf secukupnya untuk Victor memisahkan Mother Box. Superman tiba untuk membendung Steppenwolf, tetapi Mother Box telah bergabung dan menyebabkan letupan binasa. Barry memaksimumkan penggunaan kuasa kelajuannya untuk mengundurkan masa supaya Superman dan Victor sempat memisahkan Mother Box. Kemudian, para perwira membunuh Steppenwolf lalu menghumban mayatnya melalui portal ke Apokolips yang menutup. Darkseid meyakinkan orang suruhannya DeSaad bahawa dia akan kembali ke Bumi untuk menemui Anti-Life Equation.

Setelah pertarungan, Bruce, Diana, dan Alfred Pennyworth berpakat untuk mendirikan markas di bekas rumah agam keluarga Wayne yang membuka ruang untuk ramai lagi ahli. Setelah ditubuhkannya pasukan adiwira, Diana menerima satu lagi pesanan dari bangsa Amazon, Barry mendapat kerja di jabatan polis Central City yang membanggakan bapanya Henry, Victor didorong oleh pesanan bapanya untuk menggunakan kuasanya demi kebaikan, Arthur berpisah dengan teman wanitanya Mera dan gurunya Nuidis Vulko untuk pergi menziarahi bapanya,[lower-alpha 4] dan Superman menyambung kehidupannya sebagai wartawan Clark Kent dan pembela Bumi.

Lex Luthor yang bolos dari Arkham Asylum dan kini mendiami kapal layar peribadi, menerima kunjungan Slade Wilson lalu mendedahkan identiti rahsia Batman kepadanya. Setelah memimpikan dunia yang serba binasa bersama Victor, Barry, Mera, Slade, Joker, dan Superman yang jahat,[lower-alpha 5] Bruce dikunjungi pula oleh Martian Manhunter yang sebelum ini menyamar sebagai Martha untuk mengunjungi Lois. Martian Manhunter berterima kasih kepada Bruce kerana menghimpunkan satu pasukan dan berpesan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman Darkseid.

Rujukan

WikiPedia: Zack Snyder's Justice League http://www.imdb.com/title/tt2361974/ http://www.reelanarchy.com/exclusive-heres-what-at... https://www.billboard.com/articles/news/9539555/za... https://www.businessinsider.com/how-justice-league... https://www.businessinsider.com/snyder-cut-letter-... https://www.buzzfeednews.com/article/krishrach/all... https://www.cbr.com/walking-dead-robert-kirkman-re... https://www.cbr.com/zack-snyders-justice-league-fo... https://www.cinemablend.com/news/1670669/original-... https://www.cinemablend.com/news/2436990/thanks-to...